Sunday, December 28, 2008

Faizal Tahir - Sempurna

Faizal Tahir - Sempurna.mp3

Hujan - Jiwa Kelajuan

Hujan - Jiwa Kelajuan.mp3

Tyco - Planet Hitam

Tyco - Planet Hitam.mp3

Duta ft. Baizura Kahar - Cinta Antara Kita

Duta ft. Baizura Kahar - Cinta Antara Kita.mp3

Alif OIAM - Akan Tiba

Alif OIAM - Akan Tiba.mp3

Thursday, December 25, 2008

nak Cakap I LOVE U Dalam 100 bahasa

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Saturday, December 6, 2008

Burong Bijak....Unbelievable..!!

Friday, December 5, 2008

Minyak Sawit pengganti Minyak Hitam

HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. - Gambar hiasan

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam.. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari: http://ilmurahsia.name.my/

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# untuk maklumat yang sama. - Bernama

Tuesday, December 2, 2008

Soal Jawab Tentang KENTUT

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

S: Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

J: Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adakah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..

Monday, December 1, 2008

Fenomena Bulan Senyum

Kepada korang yg bernasib baik semalam (1 December 2008) akan nampak fenomena bulan seperti tersenyum seperti didalam gambar di bawah....


indahnyer kn ciptaan Allah...



Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!

3 Bukti Kenapa Pompuan X layak Dapat Lesen...!!

Perhati Dan Hayati Video2 Dibawah....

Jawapan pada persoalan diatas ade didalamnya...

Ish3...kalo x ngaku gak x tau ler...hahaha








Roti Boy Tak Halal !!?

Kiriman Zainal, Jamilah < ZAIJ@chevron. com >


Sampaikan kepada kengkawan yang lain ekkk...!

Assalamualaikum. ....

Saya ingin menarik perhatian saudara/saudari muslim yang dirahmati Allah
tentang satu produk roti yang amat digemari oleh
sebahagian daripada kita iaitu Roti Boy. Kalau anda prihatin tiada logo
halal Jakim yang terdapat di premis-premis perniagaan
ini mahupun dibalutan plastik roti tersebut.

Saya pernah bertanyakan Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade,
Subang Jaya tentang ketiadaan tanda halal Jakim
tersebut. Menurut Manager tersebut memang mereka tidak mempunyai tanda
tersebut.... ...

Hari ini saya berpeluang untuk bercakap sendiri dengan seorang pegawai
Jakim, Putrajaya iaitu PN. Najibah - no tel - 88864851.
Menurutnya, pihak Roti Boy setakat hari ini tidak pernah memohon untuk
mendapatkan status halal daripada pihak Jakim.
Jadi nasihat Pn. Najibah ....selagi belum terbukti tahap halalnya produk
tersebut sebaik-baiknya kita jangan makan.

Jadi ...saya sekadar menjalankan tanggungjawab saya sebagai saudara
ISLAM..terpulanglah kepada budi bicara dan rasa hati
masing-masing untuk menentukannya. Ingatlah bahawa apa jua yang kita makan
akan menjadi darah daging kita dan tahap
ketaqwaan seseorang itu turut
bergantung terhadap apa yang dimakannya.. ...

Yang baik itu semuanya dari Allah .......dan buruk itu dari kelemahan saya
jua........TQ

Kongsi Ilmu (18+)


Apa Itu Tahi Palat?



Tahi palat atau smegma sebenarnya bukan `tahi' atau kekotoran yang
mengelilingi penghujung zakar. Ia hasil pengeluaran cecair daripada
pundi kulit kulup atau penutup penghujung zakar yang tertinggal
selepas berkhatan. Ia campuran cecair dari pepundi para urethral yang
ada berdekatan frenum atau cantuman kulit di bawah kepala zakar.

Ia bersih dan tidak mengandungi apa-apa kuman atau kulat. Bau yang
timbul ialah bau tengik akibat perubahan berlaku padanya apabila
bercampur air kencing dan terdedah.

Biasanya lelaki berkhatan jarang menghasilkan tahi palat kerana
bahagian kulit kulup yang menghasilkannya dipotong.

Kadangkala pundi para urethral yang juga menghasilkan tahi palat itu
tidak dipotong habis, jadi sedikit tahi palat terjadi di celah kulit
takuk di bahagian bawah kepala zakar. Jika dipicit, bahagian itu
terkeluar tahi palat yang kering.

Tahi palat sebenarnya lapisan pelindung yang membuatkan bahagian
kulit zakar yang ditutup kalis air dan mengelak kedua-dua kulit ini
melekat.

Jadi lelaki yang tidak berkhatan mendapati kulit dalaman kulup zakar
mudah terlucut apabila ereksi berlaku atau apabila dia melurutkan
penghujung zakar keluar dari kulup.

Memandangkan tahi palat berbau, gambaran dalam minda menerima bahan
ini sebagai kotoran. Bahan ini memberi bau pada anggota sulit lelaki
dan ia juga mengandungi feromon atau bau yang merangsang syahwat
pasangan apabila dalam keadaan ghairah.

Tahi palat lelaki tidak menyebabkan jangkitan kepada perempuan dan
bukan penyebab kanser pangkal rahim yang pernah diuar-uarkan dulu.

Sunday, November 30, 2008

Believe It or Not


Laju Nak Mampos mamat ni minom Air....

Unbelievable..!! Believe It...!!


Ambik Gambar Japanese Style...




Macam2 gaya yg bole di praktikkan kalo nk amek gambar....


tp yg mengambik gambar lebih bergaya dr tuan punye gambar...

wakakakaa...

Tabik Kat Orang Jepon...Dorg memang stylo milo...






wacaaa...



lame sgt bediri...nk tahan kencing...wakakaka

Thursday, November 27, 2008

Baca Dengan Penghayatan....

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Hasil nukilan saudara Umarzahrawi

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. . ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.... .
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....

anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti... .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Tuesday, November 25, 2008

250 Fakta2 Penting Yang Kita X tau dan Xnk Ambik Tau

1. Sebelum Masehi dalam bahasa Inggeris adalah B.C (Before Christ).
Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)

2. Ikan jerung kehilangan gigi lebih dari 6000 buah setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta

6. Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

7. 98% dari kes rogol dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut 'title'

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi
champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin anak bungsu dari orangtua bungsu keturunan ke 5 dalam keluarga bungsu.

13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketekukan pada hari jumat tanggal 13 (boleh terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. di Jepun angka sial adalah 4

14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50 cm

15. Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari

16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

17. Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari 'Zoning Improvement Plan'.

18. Coca-Cola mengandungi Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

19. Rata-rata kita bercakap 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan terus merasa haus

21. 4 simbol raja pada daun terop melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing:
Shovel = David/Raja Daud ; Curly = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Heart = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75.000 liter

23. Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

24. Titik merah pada
logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata merah. Dia seorang albino(penyakit Kusta).

25. Lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. wanita 70 helai.

26. Tanda 'save' pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

27. Albert Einstein dan Charles Darwin,keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

28. Unta punya 3 kelopak mata.

29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

30. Seseorang masih akan hidup selama 8 detik setelah dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkelip. kita akan berkelip 5kali dalam sedetik

32. Coklat dapat membunuh anjing,kerana dengan serta merta mempengaruhi jantung dan susunan syarafnya

33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

34. Kuku jari tangan tumbuh 4kali lebih cepat daripada kuku kaki

35. 13% orang di dunia adalah kidal

36. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan

37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat badannya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya berupa kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata

39. Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka,mereka akan mabok dan menyengat dirinya sendiri

40. Tahun 1830an sos tomato
biasa dijual sebagai obat.

41. Tiga monyet bijak dinamakan : Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

43. Jika bersin terlalu kuat dapat meretakkan tulang
rib. JIka mencoba menahan bersin, akan menyebabkan pecah pembuluh nadi di kepala dan leher terus mati . jika memaksa mata terbuka saat bersin, bola mata boleh keluar.

44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32

47. Kerana kekurangan logam, piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke II terbuat dari kayu

48. Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini
dinamakan "Solarmax".

49. Ada 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

51. Harimau adalah anggota terbesar dalam keluarga kucing

52. Nombor "172" dapat ditemui pada wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

53. Pokok kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada jerung

54. Pada poster film 'Pretty Woman' Julia Robets terlalu pendek untuk sama tinggi dengan Richard Gere. Maka digunakan model Shelley Michelle sebagai badan Julia.

55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun

56. Kod Telephone Internasional untuk Antartica adalah 672.

57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

58. Rata-rata hujan jatuh dengan kelajuan 7 batu per jam

59. Leonardo Da Vinci mengambil masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa.Lukisan itu tidak ditandai dan di tulis tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut X-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.

60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filam agar kita bisa melihat semua gerakannya.

62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori

63. Darah mempunyai ketumpatan yang sama dengan air laut

64. Air laut di laut Atlantik lebih masin dari pada di laut Pasifik

65. Topeng pelakon Michael Myers di film horor 'Helloween' sebenarnya topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih, kerana low budget

66. Nama asal butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

67. Bayi lahir setiap 7 detik

68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. lelakiya hanya satu dari 17

69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.

70. Semasa Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

71. Di Amerika, seseorang dikesan menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal kerana AIDS tipa 10 minit

72. Sehingga usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernafas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh

73. Alasan kenapa diiklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam seperti sedang tersenyum

74. Tiap tahun bulan menjauh 3.82 cm dari bumi

75. Semasa kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, talipinggang kulit dan kasut keds adalah makanan terbaik untuk dimakan kerana mengandung cukup gizi untuk hidup sementara.

76. Dalam satu tetes air mengandung 50 juta bakteria

77. Dengan menaikan kaki pelan2 dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir jerlus.

78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau

79. Memakan
celery membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam celery itu sendiri

80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun

81.
Chewing gum tidak dijual di Disney Land

82. Mangunyah
Chewing gum semasa mengupas bawang mencegah kita menangis

83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

84. Nama Artic (kutub utara) berarti beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara

85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

87. Kebanyakan orang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

88. Teknik
scramble
terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

89. Adegan band yang terus bermain muzik ketika Titanic tenggelam adalah kisah benar

90. Buku Guinness Book of Records memegang rekot sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan

91. 35% dari orang yang berchating di internet, sudah berkahwin

92. CocaCola dulu berwarna hijau

93. Secara fizik, babi tidak boleh melihat ke langit

94. Semua beruang kutub kidal

95. Kelawar selalu belok kiri jika terbang keluar gua

96. Jim Henson pertama kali memakai kata "Muppet". Kombinasi dari "marionette" dan "puppet."

97. Gajah satu-satunya hewan yang tidak bisa meloncat

98. The Michelin man (figur berbaju dan bertopi putih diiklan Michelin) bernama Mr. Bib. nama asalnya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

100. Kata "lethologica" menggambarkan saat dimana kita tidak bisa mengingat apa yang kita inginkan.

101. Sekitar 14% pecandu yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.

102. Ayat yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat,katak) disebut "palindrome" .

103. Siput boleh tidur selama 3 tahun

104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit perisik

105. Orang di China lebih banyak yang berbahasa Inggris dari pada orang di Amerika

106. Karena pengaruh putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya dari pada kearah timur

107. Satu dari 9000 orang menderita albino(kusta)

108. Kerusi Elektrik dicipta oleh seorang dokter gigi

109. Kita berulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia

110. Setiap manusia dalam hidupnya rata-rata habis untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu

111. Botol air dan bekas polistrin baru boleh terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50.000 tahun

112. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh sekitar 10

113. Gigi
Otter tak pernah berhenti tumbuh

114. Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang

115. Jika boneka Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84 cm). Tingginya sekitar 215 cm dan punya leher 2kali lebih panjang daripada manusia normal

116. Tikus beranakpinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.

117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembangbiakan bakteria dalam telinga 700 kali lebih cepat.

118. Seekor Babun bernama 'Jackie' menjadi prajurit resmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia I

119. Bibliophile adalah sebutan untuk koleksi buku-buku langka. Bibliopole adalah penjual buku-buku langka

120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit

121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.

122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata

123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.

124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu lari sepanjang padang bola sebelum mati.

125. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan

126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari

127. Jangka hayat
dragonfly adalah 24 jam

128. Pada Usia 3 bulan janin manusia mulai terbentuk cap jari.

129. 6 bulan diperlukan untuk kuku kaki tumbuh dari bahagian paling bawah sampai ujung kuku.

130. Daya ingatan ikan hanya 3 detik

131. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.

132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam peperangan, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal kerana cedera dalam peperangan, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.

133. Beruang dewasa dapat lari sepantas kuda

134. Tulang kuda melebihi 18 buah dari tulang manusia

135. Obor-obor terdiri dari 95% air

136. Kulit Zebra adalah putih yang bergaris hitam

137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna

138. Biji apel mengandungi sianida

139. Tikus dan kuda tidak boleh muntah

140. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.

141. Astronot dilarang makan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut dalam baju khusus astronot dapat membahayakan mereka.

142. Winston Churchill lahir di toilet wanita semasa majlis tari-menari

143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag

144. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)

145. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis

146. Coklat melarut dalam mulut kerana takat leburnya adalah 35 derajat celcius

147. Dalam perang dahulu, orang yang buta warna diperlukan dalam bahagian
military camouflage

148. Lembu tidak punya gigi atas

149. Hedenophobic berarti takut akan kesenangan.

150. Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.

151. Buaya tidak boleh menjulurkan lidah.

152. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming

153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga

154. Kucing rumah benci bau lemon dan semua yang berbau sitrus

155. Donald Duck dilarang masuk di Finland karena Donald tidak pakai celana

156. Nama asli Donald Duck adalah Donald Flauntleroy Duck

157. Deria rasa kupu-kupu ada dikakinya

158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap

159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya

160. Tapak Sulaiman tidak mempunyai otak

161. Setiap manusia punya telinga yang berbeza

162. Telur segar tenggelam diair, telur yang
Expired terapung

163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat
dynamite

165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)

166. RSVP adalah Respondez s'il Vous Plait yang ertinya 'mohon jawapan'

167. Mata manusia yang sehat (tidak buta warna) dapat menbezakan 500 jenis warna abu-
abu.

168. Ikan mas yang bunting disebut 'twit'.

169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir

170. Lalat meloncat kebelakang apabila hendak terbang

171. Seekor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

172. A honeybee can fly at fifteen miles per hour.

173. Harimau mempunyai kulit yang belang,bukan hanya bulu yang belang.

174. A "jiffy" is the scientific name for 1/100th of a second.

175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil

176. Kambing mempunya pupil mata segi empat

177. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer

178. Hamster sangat suka makan jangkrik

179. Pemantik ditemukan sebelum korek api

180. Rata-rata dalam setiap batang permen coklat terdapat serangga yang meleleh
bersamanya.

181. Tanduk badak terbuat dari rambutnya yang mengeras

182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 menit.

183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih dari pada yang kotor

184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna bening, dan tampak putih di salju.

185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal saat lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudaranya.

186. Landak punya sidik jari yang mirip manusia.

187. Kuda Nil kentut lewat mulut.

188. Shakespeare yang menemukan kata "assassination" dan "bump."

189. Mahluk yang bisa tersipu-sipu hanya manusia

190. Jika kita memelihara ikan mas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah putih.

191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari pria.

192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan "GP", bahasa militer untuk General Purpose.

193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal

194. Jika semua emas dalam laut ditambang, setiap manusia didunia bisa mendapat emas 20 kg masing2.

195. Jika lever manusia berhenti bekerja, manusia akan mati dalam 8 samapai 24 jam

196. Seorang "quidnunc" adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

197. Jika matahari tiba-tiba padam, butuh 8 menit bagi manusia untuk menyadarinya.

198. Leonardo Da Vinci yang menemukan gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

199. Dalam 4000 tahun, tidak ada jenis binatang peliharaan baru.

200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

201. David Sarnoff adalah orang yang menerima sinyal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi kepala jaringan radio, the National Broadcasting Company (NBC).

202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.

203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita aka lebih dulu mati keracunan co2 dari pada kekerangan o2

204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.

205. Berdiri lama tanpa menekuk lutuk sama sekali akan membuat kita pingsan

206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat tercium dalam nafas kita.

207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua ujung tangan adalah sama dengan tinggi kita.

208. Liburan selama sebelas hari berarti kita punya waktu hampir sejuta detik untuk menikmatinya

209. Dalam film Silence of The Lambs, tokoh Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.

210. Di jepang, warung kopi disebut 'Kissaten'.

211. Merebus telur burung unta butuh waktu 40 menit.

212. Jaguar takut pada anjing

213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari

214. Johnny Deep takut pada badut

215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata surya kita, lebih besar dari planet Merkurius.

216. Dalam golf, 'Bo Derek' adalah istilah untuk nilai 10.

217. Koala punya dua jempol

218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu

219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggris.

220. Di Italia, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama ' Topolino'

221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.

222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.

223. Nyamuk lebih suka anak-anak daripada orang dewasa.

224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati

225. Rat-rata orang bergerak 40 kali dalam tidurnya

226. Dalam bahasa Inggris, 'Naked' artinya tanpa perlindungan. 'Nude' artinya telanjang

227. Broccoli dan kembang kol adalah sayuran yang berupa bunga.

228. Anak baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.

229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangun Taj Mahal.

230. Dalam survey terhadap 200000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satupun yang mengubur kepalanya dalam tanah.

231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

232. Shuttlecock untuk badminton harus punya 14 bulu.

233. Mutiara bisa larut dalam cuka.

234. Babi tidak dapat berkeringat karena tidak punya kelenjar keringat. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.

235. Venus dan Uranus adalah planet di tata surya kita yang berputar melawan jarum jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.

236. Microwave ditemukan setelah seorang ilmuan yang berjalan melewati tabung radar mendapati permen coklatnya meleleh disakunya.

237. Ikan hiu kebal terhadap kanker

238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen

239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.

240. Kita bisa menghela sapi naik tangga, tapi tidak bisa menghela mereka turun tangga.

241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi "Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND."

242. Alpabet Hawai terdiri dari 12 huruf saja

243. Nama paling populer di dunia adalah Muhammad.

244. Bola mata kita beratnya sekitar 28 gram

245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan karena memberi tempat terhadap jantung.

246. Pinguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak bisa menyebrangi equator.

247. Kebanyakan orang bisa mendengar lebih baik dengan kuping kanan

248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya

249. Rata-rata klakson mobil berbunyi pada nada F

250. Pria lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita

Sunday, November 16, 2008

Jangan Lupa Pakai Helmet

Jangan Lupa Untuk Baca Kisah Ini Sehingga Akhirnya...

Sebuah truk telah melalui sebuah jalan pada pukol 1 pagi di Tulsa, Oklahoma.

Penuggang motor ini dianggarkan telah memandu dgn kelajuan ~ 120mph dan melanggar belakang lori trak terbabit.

Pemandu lori trak mengatakan dia merasa dilanggar, dan ia hampir 1 / 4 batu untuk dia berhenti ke tepi jalan

Ini adalah apa yang ditemuinya ...








Percaya atau tidak.....
PENUNGGANG INI MASIH HIDUP LAGI DAN SIHAT SAMPAI SKANG

Pakailah Helmet yg ori...Ingatlah orang yg tersayang....!!

Friday, November 14, 2008

Akon - Right Now

Akon - Right Now.mp3

Ajai ft. Marsha - Sayang

Ajai ft. Marsha - Sayang.mp3

Britney Spears - Womanizer

Britney Spears - Womanizer.mp3

Ungu - Sesungguhnya

Ungu - Sesungguhnya.mp3

Khai ft. Rosma - Warna Cinta

Khai ft. Rosma - Warna Cinta.mp3

Amy Search - Songo

Amy Search - Songo.mp3

Cap Ayamz - Hidup Satu Perjuangan (OST Antoo Fighter)

Cap Ayamz - Hidup Satu Perjuangan (OST Antoo Fighter).mp3

Samsons - Di Penghujung Muda

Samsons - Di Penghujung Muda.mp3

Thursday, November 13, 2008

Anak Jin Kat UKM Bangi



Wallahualam....Kesahihan pic ni masih diragui...

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Ñ×utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah.. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!
He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)

Tuesday, November 11, 2008

Kasut Jenama John Bert Ada Kalimah Allah & Muhammad





Monday, November 10, 2008

Surat Wasiat Dari 3 Pengebom Bali