Monday, December 1, 2008

Kongsi Ilmu (18+)


Apa Itu Tahi Palat?



Tahi palat atau smegma sebenarnya bukan `tahi' atau kekotoran yang
mengelilingi penghujung zakar. Ia hasil pengeluaran cecair daripada
pundi kulit kulup atau penutup penghujung zakar yang tertinggal
selepas berkhatan. Ia campuran cecair dari pepundi para urethral yang
ada berdekatan frenum atau cantuman kulit di bawah kepala zakar.

Ia bersih dan tidak mengandungi apa-apa kuman atau kulat. Bau yang
timbul ialah bau tengik akibat perubahan berlaku padanya apabila
bercampur air kencing dan terdedah.

Biasanya lelaki berkhatan jarang menghasilkan tahi palat kerana
bahagian kulit kulup yang menghasilkannya dipotong.

Kadangkala pundi para urethral yang juga menghasilkan tahi palat itu
tidak dipotong habis, jadi sedikit tahi palat terjadi di celah kulit
takuk di bahagian bawah kepala zakar. Jika dipicit, bahagian itu
terkeluar tahi palat yang kering.

Tahi palat sebenarnya lapisan pelindung yang membuatkan bahagian
kulit zakar yang ditutup kalis air dan mengelak kedua-dua kulit ini
melekat.

Jadi lelaki yang tidak berkhatan mendapati kulit dalaman kulup zakar
mudah terlucut apabila ereksi berlaku atau apabila dia melurutkan
penghujung zakar keluar dari kulup.

Memandangkan tahi palat berbau, gambaran dalam minda menerima bahan
ini sebagai kotoran. Bahan ini memberi bau pada anggota sulit lelaki
dan ia juga mengandungi feromon atau bau yang merangsang syahwat
pasangan apabila dalam keadaan ghairah.

Tahi palat lelaki tidak menyebabkan jangkitan kepada perempuan dan
bukan penyebab kanser pangkal rahim yang pernah diuar-uarkan dulu.

0 comments:

Post a Comment