Thursday, September 11, 2008

Pengajaran: Janin2 Bayi Yang Digugurkan Dikafankan Dan Disemadikan

Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab........ dan SETENGAHNYA masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. Berita Minggu sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu di bilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini. Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.



Peringatan: Cara Membezakan Kedai India Muslim Atau Kedai India Berlagak Muslim

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda!

Elyana - Pakai Kanta Cinta

Elyana - Pakai Kanta Cinta.mp3

Elyana - Missed Call

Elyana - Missed Call.mp3

Elyana - Kau Tau Aku

Elyana - Kau Tau Aku.mp3

Elyana - Kalis Rindu

Elyana - Kalis Rindu.mp3

Elyana - Bukanya Satelit

Elyana - Bukanya Satelit.mp3

Elyana - Syukur Ku Sedar

Elyana - Syukur Ku Sedar.mp3

Peringatan: Taktik terbaru pendatang asing tanpa izin (PATI)

Macam2 care si PATI ni gunakan dek kerane nk lepas dari kene tangkap ngan imigresen...

kite ptt bersyuku sbb dok kat Malaysia ni yg aman & rezki merimpah ruah...

Tgk ler sndri betape si PATI ni sanggup sampai dok kat dalam enjin...!!
Apakah sanggup anda jadi cmni?

So pengajaran nyer sentiasalah bersyukur dgn ape yg kite ade...walau macamana pape kedana pon kite...

Alhamdulillah....





Pengajaran: Eksiden yang berlaku di Jalan Burmah, Pulau Tikus





Menakjubkan: Ubi menyerupai kaki dan punggung manusia


Sungguh menakjubkan keajaiban ciptaan ALLAH ini...

Ini petanda kebesaran ALLAH...Jika ia inginkan sesuatu maka jadilah ia...!!

Tapi yang lebih peliknya kenapa ubi ini ditayangkan bahagian belakangnya sahaja...camne plak la bahagian dpan dia kan2...mesti burok hahaha....melawok jek....jgn marah ar

Peringatan: Sila Ambil Perhatian



Ini adalah teknologi baru yg telah direka.

Fungsi alat ini adalah untuk mengingati segala apa yang telak ditaip oleh anda melalui "Keyboard"

Bahayanya alat ini ialah ia dapat mengesan segala password,no PIN,no akaun dan sebagainya yang telah anda taip kedalam PC.

Alat ini selalu digunakan di Cyber Cafe yang tidak bertanggung jawab..

Oleh itu jika anda ingin menggunakan komputer untuk hal2 penting seperti transaksi melalui web sila pastikan alat ini tidak terdapat pada belakang CPU pc yg anda gunakan...!!

Menakjubkan: Gambar yang di ambil dari bangunan tertinggi didunia (Burj Dubai @ 801m)


Indahnya Ciptaan Tuhan....













Wednesday, September 10, 2008

Amaran: Dilarang Minum Air Laut...!!

Sila baca, lihat dan hayati....

anda pasti insaf lepas nih...

huhu...


Indian Man And Snakes (18SG)






Lihatlah kehebatan makhluk tuhan paling seksi ini...

Ini adalah gambar "real"...tidak sikitpon di"superimpose"kn...

nikmatilah

Tuesday, September 9, 2008

Ajaib: Bayi lelaki teteknya bersusu...!!

GURUN: Pelik tapi benar. Seorang bayi lelaki berusia 27 hari di
Kampung Batu Lapan Jalan Gurun-Jeniang dekat sini, menjadi tumpuan
ramai sejak tiga hari lalu apabila putingnya mengeluarkan susu
seperti susu ibunya.

Ibunya, Mariam Ismail, 35, berkata bayi seberat 3.8 kilogram yang
dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani itu
bagaimanapun tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan.

"Saya hanya dapat mengesannya tiga hari lalu ketika mengenakan barut.
Saya terpegang kedua-dua puting dadanya dan pada masa sama keluar
susu," katanya.

Dia berkata, peristiwa itu pertama kali berlaku terhadap anaknya
selepas mempunyai lima anak iaitu yang paling tua berusia 12 tahun.

Sementara itu, bapa bayi yang masih belum diberi nama itu, Azhar Ali,
32, berkata, ramai rakan menyifatkan kelahiran anak keenamnya itu
adalah satu rahmat.

"Bagi saya, semua anak saya bertuah. Mereka sebenarnya menggembirakan
saya dan keluarga. Ini pemberian Tuhan walaupun kejadian itu luar
biasa," katanya yang bekerja sebagai penoreh getah.

Sejak tiga hari lalu, kira-kira 100 penduduk berhampiran berkunjung
ke rumahnya untuk melihat bayi berkenaan.

Bagi mengelakkan daripada susu itu keluar berterusan, Azhar bersama
isterinya lebih berhati-hati ketika menguruskan bayi mereka itu.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya menyebabkan susu itu keluar,
bagaimanapun adalah lebih baik jika tidak keluar berterusan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim, Dr Haris
Fadzilah Che Hashim ketika dihubungi, berkata kemungkinan ketika bayi
itu dilahirkan hormon ibu bercampur dalam darahnya.

"Percampuran darah dan hormon antara ibu dan anak dipercayai punca
menyebabkan bayi berkenaan menghasilkan susu.

"Ini sesuatu yang jarang berlaku. Kita jangka ia tidak akan mengambil
tempoh yang panjang tapi jika susu itu masih keluar selepas seminggu,
pasangan itu dinasihatkan membuat rujukan ke hospital," katanya

Koleksi 6ixthsense

Koleksi 6ixthsense.zip

Slank - Ku Tak Bisa

Slank - Ku Tak Bisa.mp3

Naff - Kaulah Hidup Dan Matiku (OST Sari Maya TV9)

Naff - Kaulah Hidup Dan Matiku.mp3

Letto - Memiliki Kehilangan

Letto - Memiliki Kehilangan.mp3

Ahmad Busu & Sabri Yunus - Jangan Main Mercun

Ahmad Busu & Sabri Yunus - Jangan Main Mercun.mp3

Jangan Rosakkan Natural Beauty Anda






Di bawah adalah contoh akibat daripada terlampau taksub nak cantik...

ingatlah wahai wanita...kita adalah sebaik2 kejadian...

kalo cmni dah mcm alien pon ade huhuhu...renung2 kan dan selamat beramal...

Siti Nurhaliza - Wanita

Siti Nurhaliza - Wanita.mp3

Letto - Bunga Di Malam Itu

Letto - Bunga Di Malam Itu.mp3

Letto - Sebenarnya Cinta

Letto - Sebenarnya Cinta.mp3

Letto - Sampai Nanti...

Letto - Sampai Nanti...mp3

Letto - Permintaan Hati

Letto - Permintaan Hati.mp3

Letto - Ruang Rindu

Letto - Ruang Rindu.mp3

Letto, Kerispatih, Nidji - Seperti Yang Kau Minta

Letto, Kerispatih, Nidji - Seperti Yang Kau Minta.mp3

Letto - Sebelum Cinta

Letto - Sebelum Cahaya.mp3